Sejarah Jerman dan gelaran terdahulu Kaiser

Gaya kemaharajaan Rom dihidupkan semula buat pertama kali oleh Charlemagne pada tahun 800 di alam Frank, hegemon Katolik Barat, dan oleh itu menuntut kesamaan dengan Empayar Byzantine dan Kekhalifahan Muslim. Ketika empayar Charlemagne dibahagikan semula melalui pewarisan, gaya kemaharajaan Rom dikaitkan dengan kemaharajaan ('Jerman') timur.

Maharaja-maharaja Rom yang Suci (962 - 1806) ("Pemerintahan Jerman Pertama" yang menjadi pemerintahan beraja yang dipilih) merujuk kepada diri sebagai Kaiser, ketika menggabungkan gelaran kemaharajaan ini dengan gelaran "Raja Rom" (gelaran terakhir ini digunakan oleh pewaris sebelum dimahkotakan); mereka memperlihatkan pemerintahan mereka sebagai pemerintahan Maharaja Rom berterusan dan oleh itu, menggunakan nama "Caesar" untuk membayangkan warisan yang dikatakan.

Pemerintah-pemerintah Empayar Austria-Hungary (1806 - 1918), dari dinasti Habsburg yang membekalkan semua Maharaja Suci Rom (walaupun masih dipilih secara rasmi) sejak 1440, juga menggunakan gelaran Kaiser.

Dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Inggeris, gelaran yang tidak diterjemahkan ini biasanya digunakan untuk maharaja-maharaja Empayar Jerman bersatu ("Pemerintahan Kedua"; (1871 - 1918) yang Canselor Bismarck menggabungkan dengan mahir daripada dua persekutuan. Persekutuan-persekutuan ini merangkumi kebanyakan kerajaan (terutamanya yang kecil, dan yang digelarkan Kleinstaaterei) yang membentukkan Jerman, dan yang merupakan teras bekas Empayar Suci Rom. Istilah ini khususnya dikaitkan dalam bahasa Inggeris dengan Kaiser terakhir, Wilhelm II.

Empayar Jerman mempunyai tiga Kaiser. Kesemuanya adalah daripada dinasti Hohenzollern yang telah memerintah kebanyakan Jerman sebagai raja Prusia, iaitu kuasa yang tunggal dari segi ketenteraan antara semua kerajaan kecil Jerman, sebelum naik takhta "Jerman" yang baru. Ketiga-tiga Kaiser Prusia ialah: